Digital Special Collection Portal

KIT 2012 bentuk transformasi pensyarah muda


Citation

Universiti Malaysia Kelantan, Pusat Pembangunan Dan Pengurusan Akademik (2012) KIT 2012 bentuk transformasi pensyarah muda. [Image]

Abstract

Golongan pensyarah muda perlu mempersiapkan diri untuk melakukan transformasi dalam pembangunan kepimpinan bagi melahirkan tenaga pemikir yang mampu menerajui negara dalam penyelidikan berinovasi dan kreatif.

Setiausaha Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, YBrs. En. Zainal Abidin bin Abu Hassan, berkata, sehubungan itu golongan ini harus diberi peluang untuk mendapatkan bimbingan dan motivasi bagi merealisasikan hasrat seperti yang digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi objektif Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).

Katanya, Program Pembangunan Kepimpinan Inovasi Dan Transformasi Pensyarah Muda (KIT 2012) anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Pusat Pengajian Siswazah dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) adalah platform terbaik untuk persediaan menyahut cabaran tersebut.

"Untuk menjayakan usaha ini, golongan pensyarah muda harus memberi tumpuan yang serius terhadap program pembangunan kepimpinan bagi melahirkan negara berpendapatan tinggi menerusi penyelidikan inovasi,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian program tersebut, di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan, pada 9 Julai 2012.

Download File / URL

[thumbnail of akept-umk.jpg]
Preview
Image
akept-umk.jpg

Download (84kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Image
Collection Type: Institution
Depositing User: Repository Admin
Date Deposited: 22 Jul 2012 09:42
Last Modified: 27 May 2022 03:32
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9904
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2