Citation
Universiti Malaysia Kelantan, Pusat Pembangunan Dan Pengurusan Akademik (2012) KIT 2012 bentuk transformasi pensyarah muda. [Image] |
Abstract
Golongan pensyarah muda perlu mempersiapkan diri untuk melakukan transformasi dalam pembangunan kepimpinan bagi melahirkan tenaga pemikir yang mampu menerajui negara dalam penyelidikan berinovasi dan kreatif. Setiausaha Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, YBrs. En. Zainal Abidin bin Abu Hassan, berkata, sehubungan itu golongan ini harus diberi peluang untuk mendapatkan bimbingan dan motivasi bagi merealisasikan hasrat seperti yang digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi objektif Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Katanya, Program Pembangunan Kepimpinan Inovasi Dan Transformasi Pensyarah Muda (KIT 2012) anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Pusat Pengajian Siswazah dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) adalah platform terbaik untuk persediaan menyahut cabaran tersebut. "Untuk menjayakan usaha ini, golongan pensyarah muda harus memberi tumpuan yang serius terhadap program pembangunan kepimpinan bagi melahirkan negara berpendapatan tinggi menerusi penyelidikan inovasi,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian program tersebut, di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan, pada 9 Julai 2012. |
Download File / URL
|
Additional Metadata
Item Type: | Image |
---|---|
Collection Type: | Institution |
Date: | 12 July 2012 |
URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9904 |
Statistic Details: | View Download Statistic |