Peningkatan jurusan pendidikan keusahawanan di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) membuka satu dimensi baharu dalam pendidikan tinggi di Malaysia bagi melahirkan lebih ramai tenaga modal insan profesional yang bukan sahaja mahir tetapi memiliki ciri-ciri keusahawanan.
Justeru itu, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang masih meniti kemajuan sebagai peneraju universiti keusahawanan, telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan seminar Research Leadership Think Tank Series: Building Capacity by Development of Programme Module for Trainers in Entrepreneurship dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) dan Babson College, USA.
.