Citation
Universiti Malaysia Kelantan, Canselori (2012) Kerjasama UMK dengan Australian Institute of Management Western Australian sasar strategi baharu perluaskan hubungan akademik di rantau asia dan antarabangsa. [Image] |
Abstract
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) jalin usaha sama dengan Australian Institute Of Management Western Australia (AIM WA), Australia, untuk meluaskan hubungan akademiknya sebagai sebuah institusi keusahawanan yang bertaraf serantau serta global. Naib Canselor UMK, Y.Bhg. Prof. Dr. Raduan bin Hj. Rose berkata, usaha sama yang bersifat dinamik dan responsif itu bagi perkongsian pengalaman dengan salah sebuah institusi utama pendidikan tinggi di Australia yang memiliki pengkhususan yang sesuai dengan program pengajian di UMK dalam bidang pengurusan dan kepimpinan. Menurut beliau, AIM WA dilihat memiliki kekuatan tertentu terutama dalam bidang latihan pengurusan kepimpinan profesional dan banyak menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa. “Melalui kerjasama dengan institusi profesional seperti AIM WA memberi kelebihan kepada universiti dalam usaha pembangunan staf serta pelajar melalui siri program Continous Profesional Development (CPD) yang dianjurkan oleh AIM WA sama ada di Perth, Australia Barat atau program-program latihan di UMK,” katanya. Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi kerjasama tersebut di sebuah hotel, di sini, hari ini, dengan UMK diwakili oleh Naib Canselor, Y.Bhg. Prof. Dr. Raduan bin Hj. Rose dan AIM WA diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Y.Bhg. Profesor Emeritus Gary Martin. Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Y.Bhg. Dato’ Seri Setia Raja Dato’ Haji Mohd Aiseri bin Alias, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Y.Bhg. Prof. Dr. Roselina binti Ahmad Saufi, Penasihat Undang-Undang UMK, Y.Bhg. Prof. Datuk Abdul Halim bin Sidek, Pengarah Pusat Pembangunan Antarabangsa AIM WA, Maria Luisa Perez dan Pengurus Pelanggan Pusat Pengantarabangsaan AIM WA (Malaysia), En. Hazman bin Hamid. Menurut Prof. Dr. Raduan dalam ucapannya, AIM WA dilihat memiliki kekuatan tertentu terutama dalam bidang latihan pengurusan kepimpinan profesional dan mempunyai lebih daripada 25,000 ahli daripada kalangan industri di seluruh dunia. “Ini sekaligus memberi kelebihan kepada UMK untuk mendapatkan pakar daripada industri yang boleh berkongsi pengalaman dan memberi input yang diperlukan kepada pelajar untuk melahirkan lebih ramai profesional dalam bidang pengurusan dan kepimpinan. “Kerjasama strategik ini memberi peluang kepada kedua-dua institusi untuk menjalani program latihan bersama seperti pertukaran program kepimpinan, penyelidikan, ceramah dan simposium, pertukaran pensyarah dan penyelidik, lawatan sambil belajar dan penerbitan ilmiah. Selain itu, kerjasama ini juga dapat menyediakan peluang kepada pakar-pakar daripada kedua-dua institusi untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sama selaras dengan strategi program akademik UMK, jelasnya. Beliau juga berharap bahawa melalui kerjasama pintar ini sebagai satu permulaan yang baik dalam membantu antara satu sama lain terutamanya dalam menangani isu-isu berkaitan persekitaran dan ekonomi sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa. |
Download File / URL
|
Additional Metadata
Item Type: | Image |
---|---|
Collection Type: | Institution |
Date: | 19 June 2012 |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9897 |
Statistic Details: | View Download Statistic |