AYER LANAS, 3 APRIL 2012 - Janji YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak untuk membina sebuah Pusat Islam di kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli semasa mengumumkannya di majlis Bersama Pemimpin 2 Mac lalu di tunaikan.
Ahli Parlimen Jeli, Dato' Pa yang mewakili YAB Perdana Menteri menyampaikan sumbangannya kepada Pengarah UMK Kampus Jeli, Profesor Dr. Haji Ibrahim Che Omar dalam satu majlis di Masjid Ayer Lanas baru-baru ini.
Pusat Islam yang mendapat sumbangan YAB PM berjumlah RM 1 juta itu dilihat akan menjadi pusat perkembangan ilmu dan kefahaman Islam di dalam kampus dan sekitarnya selain akan menjadi pusat rujukan dan khidmat nasihat berkaitan hal ehwal Islam dan nilai-nilai murni dikalangan warga kampus dan sekitarnya.