Universiti Malaysia Kelantan(UMK) dan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) bekerjasama menjayakan Program ‘Selangkah ke Universiti’ peringkat negeri Kelantan dalam usaha memupuk semangat memasuki universiti dalam kalangan pelajar yang berpotensi berjaya dalam bidang akademik.
Program ‘Selangkah ke Universiti’ anjuran BAKTI dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan 114 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) meluaskan program memperkasa rakyat melalui usaha meningkatkan kesedaran pelajar sekolah luar bandar melalui inisiatif Selangkah ke Universiti.
Program ‘Selangkah ke Universiti’ merupakan program sehari di mana pelajar akan di bawa ke universiti dan menjalani proses penerapan dan pendedahan kampus supaya mereka lebih mengenali kehidupan di universiti selain menggalakkan mahasiswa universiti untuk terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan.