Walaupun sudah hampir dua tahun berlalu namun sebahagian penduduk di Padang, Indonesia, tidak mungkin dapat melupakan bencana gempa bumi yang berukuran 7.9 pada skala Richter yang berlaku pada petang penghujung September 2009.
Trauma ekoran kejadian yang mengorbankan beratus nyawa itu juga tidak mudah luntur pada ingatan kerana dalam sekelip mata ia meranapkan perkampungan dan kediaman mereka.
Dalam usaha mengisafi dan berkongsi musibah itu, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sekali lagi telah menganjurkan Misi Kemanusiaan Padang 2010 buat kali kedua dengan kerjasama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Politeknik Negeri Padang Indonesia, pada 30 Disember 2010 hingga 4 Januari 2011.