26 September 2014 - Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra telah berkenan mencemar duli merasmikan masjid baharu Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli yang secara rasminya dinamakan Masjid Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra. Pembinaan masjid berharga RM1.5 juta ini mampu menampung 1,000 jemaah pada satu-satu masa bakal menjadi mercu tanda baharu bagi UMK selepas diperkenankan oleh YTM Tengku Mahkota yang menyempurnakan majlis tersebut di UMK Kampus Jeli, Kelantan.