30 Mac 2014 - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan telah menganjurkan program bersama masyarakat di Jeli pada 30 hingga 31 Mac 2014. YBhg. Prof. Dr. Hj. Ibrahim Che Omar, Pengarah UMK Kampus Jeli berkata Program Bersama Masyarakat di Jeli, Kelantan ini adalah bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan dalam kalangan mereka yang tidak berkemampuan dari segi fizikal serta kewangan termaktub sebagai asnaf miskin seperti warga tua, orang yang uzur dan ibu tunggal.