17 Februari 2014 – Sebanyak 12,000 pokok keras atau gaharu di tanam di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli sempena Program Penghijauan Bumi yang di lancarkan universiti itu, disini semalam. Program penanaman pokok gaharu yang di kategorikan antara spesis pokok terancam di Taman Agro universiti itu dilaksanakan dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MITB) dan TESCO. Perasmian program disempurnakan Pengerusi Landskap Malaysia, Tun Jeanne Abdullah dan turut hadir bekas Perdana Menteri, juga Penasihat Landskap Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pada ucapan Tun Jeanne mengucapkan tahniah kepada UMK Kampus Jeli kerana melancarkan program berkenaan dan mewujudkan Taman Agro di UMK Kampus Jeli yang akan menimbulkan kesedaran dan pendidikan berkaitan perhutanan dan alam sekitar.