Pada 15 Jun 2014.Chief Librarian Talk Series II, 2014, yang dirasmikan oleh
Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Datuk Dr. Raduan bin
Hj. Che Rose, di Holiday Villa Hotel & Suites, Kota Bharu,
Kelantan. Kejayaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) membangunkan Pusat Sumber Keusahawanan atau dikenali sebagai
Entrepreneurial Resource Centre (ERC) secara komprehensif kini mendapat perhatian seluruh negara dan dunia
apabila menjadi rujukan penting khususnya dalam bidang pendidikan keusahawanan.
Ketua Pustakawan UMK, YBrs. En. Azman bin Hashim, berkata, sehingga kini, pihak Pejabat Perpustakaan dan
Pengurusan Ilmu UMK sudah mengumpul lebih 50 koleksi penerbitan keusahawanan termasuk 526 beberapa koleksi
jurnal penyelidikan serta koleksi kertas seminar daripada pelbagai tajuk.