Pada 25 April 2013. Setiap anggota keselamatan Universiti perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan ilmu dalam
memastikan mereka sentiasa cekap dan proaktif untuk melaksanakan amanah serta tanggungjawab keselamatan
semasa bertugas di kampus.
Ketua Komponi Markas Kem 4 Regimen Sempadan Gerik, YBhg. Mejar Rahmat bin Mat San, berkata, kemahiran
dan ilmu yang diperolehi dalam kursus ini wajar dimanfaatkan anggota keselamatan untuk meningkatkan imej
universiti kerana sememangnya kemahiran ini diperlukan ketika menjalankan tugas-tugas keselamatan. Beliau berkata demikian pada ucapan majlis perasmian penutup Kursus Jati Diri dan Kepimpinan Siri 1, Bahagian
Keselamatan, Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Kem 4 Regimen Sempadan Gerik, Perak.