Pada 30 Mac 2013. Komitmen Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam melestarikan aktiviti kebudayaan dan kesenian di
kalangan pelajar terus mendapat pengikitirafan apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Saron Wangsa
Perdana sempena Majlis Anugerah Seni Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) dan Majlis
Penyerahan Sekretariat MAKUM yang berlangsung di sebuah hotel di Kuching, Sarawak.
Ketua Unit Kebudayaan Pusat Ko-Kurikulum, UMK, Pn. Ros Dalilah binti Abd. Ghani, berkata, anugerah tersebut
bagi mengiktiraf pembabitan aktif dan komitmen UMK dalam menyertai dan menganjurkan pelbagai aktiviti
MAKUM sepanjang tahun 2011/12.