Pada 21 Mac 2013. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bersama-sama Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad
Maher menganjurkan Program Penghayatan Taman Laut di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu, bertujuan untuk
memupuk kesedaran terhadap penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Program yang mendapat kerjasama Jabatan Pelajaran
Negeri Kelantan, Jabatan Taman Laut, Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Universiti Sains
Malaysia (USM) telah diadakan selama empat hari tiga
malam bermula pada 21 hingga 24 Mac 2013.
Pengarah Pusat Hal Ehwal Korporat, UMK, YBhg. Prof.
Dr. Nik Maheran binti Nik Mohamed berkata, pihak
Universiti tertarik dengan pendekatan yang dijalankan oleh
SMK Dato’ Ahmad Maher dalam usaha memupuk
kesedaran tentang pemuliharaan hidupan laut peringkat
sekolah lagi.