Pada 10 Mac 2013.Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan lebih fokus untuk menjalinkan kerjasama dengan pelbagai institusi
pengajian tinggi awam dan swasta dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa sebagai usaha untuk
memantapkan kualiti pendidikan serta pembelajaran.
Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Datuk Dr. Raduan bin Hj. Che Rose berkata, langkah itu bagi menentukan
setiap program-program yang ditawarkan UMK dapat memenuhi kehendak pasaran dan standard piawaian
sekaligus menjadi sebuah institusi pengajian tinggi yang boleh dibanggakan.Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, YBhg. Dato` Seri Setia Raja Dato'
Haji Aiseri bin Alias, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBhg.
Prof. Dr. Roselina binti Ahmad Saufi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar
dan Alumni), YBhg. Prof. Madya Abdul Aziz bin Abd. Latif dan Pendaftar UMK,
YBhg. Prof. Dr. Razli bin Che Razak