Bachok 10 Mac 2013 – Timbalan Menteri Kewangan, YBhg. Senator Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin,
komited untuk menjadikan Bachok sebagai sebuah pusat kecemerlangan ilmu yang akan memacu
dan merancakkan lagi pembangunan untuk memberi faedah serta manfaat kepada masyarakat
setempat.
Beliau berkata, sejajar dengan itu penubuhan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) adalah salah satu
daripada usaha serius kerajaan untuk melihat Bachok terus berkembang sebagai pusat
kecemerlangan pendidikan pengajian tinggi di negeri ini.