Kota Bharu 26 Oktober - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Pusat Penyelidikan dan Inovasi
Keusahawanan Global (GERIC), menganjurkan program ‘Evaluation of Learning for Performance
Improvement International Postgraduate Colloquium’ (ELPIIC 2013) bertempat di Hotel Renaissance, Kota
Bharu, Kelantan, pada 25 hingga 26 Februari 2013.
Program ELPIIC 2013 turut mendapat kerjasama ‘The Elsevier’ iaitu sebuah syarikat penerbitan jurnal
terkemuka di dunia yang memberikan maklumat berkenaan produk dan perkhidmatan serta kajian dalam
bidang saintifik, teknikal dan perubatan.
Forum selama dua hari itu telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, YB. Senator Dato‘ Dr. Awang
Adek bin Hussein, dengan objektif utamanya adalah untuk menjadikan ELPICC 2013 sebagai landasan terbaik
kepada Universiti Malaysia Kelantan untuk terus aktif di dalam penerbitan jurnal di peringkat antarabangsa.