Pada 28 Februari 2013 . Kuala Lumpur - Seramai 20 orang peserta yang terdiri di kalangan usahawan Perusahaan Kecil dan
Sederhana (PKS) di bawah bimbingan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah tamat pengajian mengikuti
kursus SME @ University Programme Participants in 2012,di sebuah hotel di sini.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBhg. Prof. Madya Abdul Aziz bin Ab. Latif,
berkata, program ini adalah lanjutan daripada program yang dilancarkan oleh Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri, YB. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed dan Menteri Pengajian Tinggi, YB. Dato'
Seri Mohamed Khaled bin Nordin, pada bulan Jun 2011.
Beliau berkata, kejayaan 20 orang peserta usahawan PKS di bawah SME@UMK merupakan usahawan
perintis yang mengikuti pengajian selama tiga bulan bermula bulan November 2011 yang turut
membabitkan empat universiti lain, iaitu SME@UiTM, SME@UPM dan SME@UIAM.