Pada 19 Feb 2013. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merupakan universiti awam pertama menyertai The Global Consortium Eterepreneurship
Educators Group atau GCEE yang berpengkalan di Amerika Syarikat (AS) dalam usaha universiti itu memainkan peranan lebih besar
memacu pembangunan pendidikan keusahawanan di negara ini.
Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Datuk Dr. Raduan bin Hj. Che Rose berkata, selari dengan kerjasama UMK dengan GCEE yang dihoskan
oleh Babson College iaitu sebuah institusi keusahawanan nombor satu di AS itu menjadikan UMK satu-satunya universiti awam di negara
ini yang telah menganggotai konsortium itu.
Beliau berkata, kerjasama ini memberi banyak manfaat kepada universiti terutamanya untuk mendapatkan kemudahan dan peluang
akses kepada modul-modul akademik keusahawanan yang diperkenalkan di Babson College.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Kunjungan Hormat Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Datuk Paul W. Jones bersama
rombongannya ke UMK Kampus Kota, di Pengkalan Chepa, Kota Bharu.