Pada 31 Januari 2013. Warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) perlu memberi komitmen dan
kesungguhan serta berdaya saing membangunkan Universiti untuk menjadi antara Institusi
Pengajian Tinggi terbaik di negara ini dan seterusnya berjaya memperolehi Tier 5 dalam
Sistem Penarafan Disiplin Pengajian (D-SETARA).
Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Datuk Dr. Raduan bin Hj. Che Rose, berkata, pada tahun
ini UMK telah menggariskan beberapa agenda utama bagi mengukur pencapaian dan
kejayaan Universiti untuk menjadi penyumbang utama kepada sektor pengajian tinggi negara