Citation
Universiti Malaysia Kelantan, Pusat Hubungan Korporat dan Strategik (2013) KESPUMK jadi rakan strategik bantu bangunkan UMK. UNSPECIFIED. |
Abstract
Pada 28 Januari 2013.Kesatuan Staf Pelaksana Universiti Malaysia Kelantan (KESPUMK) berupaya menjadi rakan strategik kepada Universiti untuk bergerak seiring dalam menjayakan visi dan misi ke arah pembangunan dan kemajuan Universiti. Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Datuk Dr. Raduan bin Hj. Che Rose berkata, ini kerana sebagai badan yang bertanggungjawab dalam memperjuangkan isu kebajikan staf mereka boleh bertindak menjadi perantara dalam mengatur perhubungan di antara pihak pengurusan universiti dan kakitangan. Jelas beliau, kejayaan penubuhan KESPUMK ini adalah hasil daripada kerjasama dan komitmen semua pihak kerana tanpa kesungguhan dan semangat berpasukan serta kerjasama pastinya usaha penubuhan badan ini tidak membuahkan hasil.Beliau berkata demikian semasa berucap pada Mesyuarat Agung Pertama KESPUMK, di Dewan Terbuka Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kota Bharu |
Download File / URL
Official URL: http://www.umk.edu.my/version2012/latestnews/419-k...
|
Additional Metadata
Item Type: | UMK News |
---|---|
Collection Type: | Kelantan |
Date: | 2013 |
URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9449 |
Statistic Details: | View Download Statistic |