Kota Bharu 11 Disember - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Akademik Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) menganjurkan program Global Leaders Forum and Conference (GLFC) 2012 bertemakan “Academic Entreprenuership at Global Network”, bermula pada 11 Disember hingga 12 Disember 2012.
Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Datuk Dr. Raduan bin Hj. Che Rose, berkata, persidangan ini bukan sahaja dapat meningkatkan lagi ilmu dan pengetahuan dalam bidang kepimpinan dan keusahawanan tetapi berupaya memberi pelbagai input kepada ahli akademik, pelajar dan usahawan.