Universiti Malaysia Kelantan (UMK) diberi penghormatan apabila dipilih menjadi tuan rumah bersama Permodalan Nasional Berhad bagi Pertandingan Akhir Kuiz Pelaburan PNB Kategori Universiti kali ke 12 yang berlangsung di Dewan Besar Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan, di Kota Bharu, Kelantan, pada 9 Disember 2012.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah bin Che Othman, berkata, pertandingan kuiz PNB 2012 ini berjaya menarik penyertaan daripada 31 buah universiti di seluruh negara melibatkan 3,148 orang pelajar berbanding tahun lalu seramai 2,876 peserta