Institusi Pendidikan Tinggi Awam di negara ini perlu memainkan peranan secara lebih tegas serta terbuka dalam menanggani isu-isu kemanusiaan global sebagai menyokong kepada usaha kerajaan untuk membentuk rakyat yang berkualiti tinggi di negara ini.
Justeru itu, Persidangan Serantau Mengenai Isu Nilai dan Kemanusiaan (RECOVH) 2012, bertemakan Realiti, Cabaran dan Jalan Penyelesaian, anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah (PPBPI) adalah platform terbaik untuk ahli-ahli akademik dan cendikiawan mencari alternatif menanggani krisis isu-isu kemanusiaan