Pada 24 November 2012. Staf Universiti Malaysia Kelantan (UMK) perlu mengutamakan pengurusan berkualiti, tadbir urus yang lebih telus serta berpegang teguh pada ajaran agama masing-masing kerana bagi mengelakkan mudah terjerumus ke dalam perkara-perkara yang tidak diingini seperti salah laku dan penyelewengan.
Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah bin Che Othman berkata, selain itu mereka juga perlu dilengkapi dengan pegangan hidup dan kawalan jati diri yang mantap, sahsiah diri serta penguasaan teknologi bagi membentuk modal insan berkualiti pada masa akan datang. Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penyampaian anugerah kepada lebih 70 penerima anugerah bagi empat kategori, iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2011, Anugerah Gemilang UMK, Anugerah Jasa Bakti (11) dan Anugerah Kualiti Naib Canselor, di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan.