Pada 9 Julai 2012. Golongan pensyarah muda perlu mempersiapkan diri untuk melakukan transformasi dalam pembangunan kepimpinan bagi melahirkan tenaga pemikir yang mampu menerajui negara dalam penyelidikan berinovasi dan kreatif. Setiausaha Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, YBrs. En. Zainal Abidin bin Abu Hassan, berkata, sehubungan itu golongan ini harus diberi peluang untuk mendapatkan bimbingan dan motivasi bagi merealisasikan hasrat seperti yang digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi objektif Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).