Pada 18 Julai 2012. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Prof. Dr. Roselina binti Ahmad Saufi dilantik sebagai Pegawai Kehormat dan Bersekutu Pasukan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) pada Majlis Pentauliahan Pangkat dan Penyampaian Watikah Pegawai Kehormat, Bersekutu dan Pegawai Kadet SISPA, baru-baru ini.
Beliau menerima pemakaian pangkat sebagai Penolong Pesuruhjaya Kehormat Kor Sispa oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB. Dato’ Wira Abu Seman Yusop, sempena Majlis Perhimpunan Kebangsaan Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (SISPA), Kali Ke – 3 2012, di kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu.