Kemajuan pesat kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) turut dirasai oleh penduduk Jeli terutamanya dalam meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk sekaligus merancakkan pembangunan infrastruktur awam di sekitar kawasan kampus universiti itu dengan pelbagai kemudahan. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB. Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed, penubuhan UMK memberi manfaat besar kepada masyarakat Jeli dan seharusnya mereka mengambil peluang ekonomi dengan menyediakan pelbagai keperluan untuk menampung permintaan warga universiti.