KOTA BHARU 5 September - Seramai 1,804 pelajar baru lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan setaraf mendaftar di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), bagi mengikuti 17 program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Sesi 2012/2013.
Naib Canselor UMK, Y.Bhg. Prof. Dr. Raduan bin Hj. Che Rose, berkata, pihak Universiti menawarkan sebanyak 2,200 tempat pengajian bagi sesi kemasukan kali ini dan daripada jumlah itu seramai 1,804 pelajar telah mendaftar untuk pendaftaran baru (sehingga 5 September 2012)