Pada 13 September 2012. Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail yang juga selaku Pro-Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berkenan berangkat merasmikan Majlis Perasmian Pesta Konvokesyen Ke 2 (PesKo 12) di Taman Perbandaran Rekreasi, Tengku Anis, Kota Bharu, Kelantan.
PESKO 12 adalah berkonsepkan merintis perubahan, merealisasikan kemajuan akan berlangsung selama tiga hari bermula pada 13 hingga 15 September 2012, dikendalikan dan dipimpin oleh barisan sekretariat yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi UMK.