Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Majlis Rangkaian Pembelajaran ASEAN (ALN) menganjurkan Program Perusahaan Sosial Untuk Pembangunan Ekonomi (SEED) III bagi meningkatkan taraf hidup ekonomi penduduk setempat. ALN adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang digerakkan oleh beberapa buah Universiti di ASEAN iaitu Universiti Malaysia Kelantan (UMK), University of St. Gallen, Switzerland, San Beda College, Filipina; Banking University of Ho Chi Minh City, Vietnam; Prince of Songkla University, Thailand dan Universiti Brunei Darussalam, Brunei.