Pada 18 Oktober 2012. Majlis Penutup Kursus Asas Kawalan Keselamatan IPTA Malaysia anjuran Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama daripada 2 Rejimen Sempadan Kem Batu Melintang, di Jeli, Kelantan. Anggota Keselamatan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) disarankan mendapat pendedahan dan latihan secara menyeluruh dalam perkhidmatan kawalan keselamatan bagi membentuk ketahanan fizikal dan mental supaya sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang situasi.