KOTA BHARU 31 Oktober 2012 - Warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) terdiri daripada staf dan pelajar dapat memperolehi pelbagai manfaat daripada pelancaran kad pelbagai guna atau dikenali sebagai Kad Debit Universiti-i Bank Islam-UMK (UniDebit) yang direka khas dengan menggunakan cip tambahan yang tidak terdapat pada kad debit Visa yang lain di Malaysia.Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Datuk Dr. Raduan bin Hj. Che Rose berkata, pelancaran kad ini adalah hasil daripada kerjasama strategik Bank Islam dan UMK sebagai satu inisiatif untuk memberikan perkhidmatan yang dapat memberi nilai tambah kepada pemegang kad tersebut