Kota Bharu 17 Mac - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Kolej Polytech Mara (KPTM) kini menjadi rakan
usahasama dengan termeterainya memorandum persefahaman (MoU) untuk memperkukuhkan lagi konsep dan
pelan tindakan kedua-dua pihak bagi melahirkan modal insan yang berkualiti.
Majlis MoU itu telah ditandatangani oleh Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Datuk Dr. Raduan bin Hj. Rose dan
Presiden KPTM, YBhg. Dato’ Hj. Yussof bin Harun, pada satu majlis yang berlangsung di bilik Mesyuarat Perdana,
UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan, pada 17 Mac 2013.Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Prof. Dr. Roselina binti Ahmad Saufi
dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBhg. Prof. Madya Abdul Aziz bin Abd. Latiff.
Turut hadir, Penolong Naib Canselor, YBhg. Prof. Kamal bin Harun, Pendaftar UMK, YBhg. Prof. Dr. Razli bin Che
Razak, Timbalan Presiden (Akademik) KPTM, YBrs. En. Ismail bin Hj. Junuh dan Pengarah KPTM Kelantan, YBhg.
En. Mohamed Saifuddin bin Hussin