Pembasmian Kemiskinan adalah agenda Negara. Daripada pelbagai kaedah yang dilaksanakan, penulis mendambakan satu kaedah bersepadu dibina dan dijayakan. Justeru, mengambilkira pengalaman, kaedah bersepadu dibina dari kajian profiling yang pernah dilaksanakan bersama kumpulan fokus group di bawah Jabatan Perdana Menteri, JPPK. Pengukuran berskala kualitatif dengan mengambilkira matrix kritikal jasmani, emosi, rohani dan intelektual telah dilakukan. Berdasarkan pengukuran impak, kedapatan komuniti miskin berulang dan yang enggan keluar dari garis kemiskinan, mereka sememangnya bermasalah komponen bersepadu JERI. Justeru, Semakan semula modul pemantapan dan pengisian kerohanian dan emosi/motivasi/jihad miskin dari sudut keberkesanan perlu dilakukan agar boleh selaraskan oleh pihak tertentu yang lebih professional bagi tujuan pelaksanaan dan pengukuran impak bersepadu. Penulis menyediakan cadangan model pendidikan JERI bagi tujuan pembasmian kemiskinan oleh pelbagai agensi lain dari semua sudut tanpa mengenepikan pendekatan sedia ada.