Institusi yang diorientasikan dengan syariah Islam merupakan suatu tuntutan masyarakat kini ke arah merealisasikan sebuah kehidupan sempurna bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia. Bagi menyambung tradisi pembinaan peradaban Islam, institusi berorientasikan Islam di negara ini memerlukan penerimaan dalam skop penglibatan, pengaruh, kepercayaan dan kebersamaan dari seluruh masyarakat majmuk. Dalam usaha tersebut, kertas kerja ini mengetengahkan pengenalan realiti penerimaan masyarakat majmuk Kota Bharu terhadap institusi berorientasikan Islam di bawah Permodalan Kelantan Berhad (PKB) sebagai rangka tinjauan awal penelitian.