Pembahagian pusaka merupakan salah satu perkara penting bagi membangunkan ekonomi masyarakat Islam. Sekiranya pembahagian ini tidak dijalankan dengan kaedah yang betul, akan menyebabkan harta pusaka tersebut akan terbeku. Terdapat tiga kaedah pembahagian pusaka yang dibenarkan iaitu melalui pembahagian faraid, melalui kaedah sulh dan takharruj.Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji pemilihan pembahagian pusaka di kalangan waris dengan menilai keutamaan pemilihan pembahagian pusaka.Data diperoleh melalui soal-selidik dan terdapat seramai 65 orang responden.Data tersebut dinilai dengan menggunakan Analytical Hierarchy Process (AHP). Kajian ini mendapati, waris waris
lebih cenderung untuk membahagikan pusaka melalui kaedah faraid berbanding kaedah yang lain. Kajian ini
mencadangkan supaya masyarakat diberikan pendedahan berkaitan kaedah pembahagian pusaka yang lain supaya
masyarakat dapat membahagikan pusaka tersebut mengikut kaedah yang paling sesuai dengan keperluannya.