Digital Special Collection Portal

Andaian ketidak-terhadan kemahuan manusia : analisis perbandingan antara pemikiran sarjana ekonomi islam arus perdana dengan sarjana ekonomi lazim


Citation

Mohd Zulkifli Muhammad (2014) Andaian ketidak-terhadan kemahuan manusia : analisis perbandingan antara pemikiran sarjana ekonomi islam arus perdana dengan sarjana ekonomi lazim. In: The 7th Workshop Antarabangsa Pembangunan Berteraskan Islam (International Workshop on Islamic Development) (WAPI 2014), 06 Mei 2014, Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Medan, Indonesia. (Unpublished)

Abstract

Kertas kerja ini ditulis dengan matlamat untuk mencapai dua tujuan. Pertama, mengenal pasti

pandangan andaian dalam sistem ekonomi Islam arus perdana yang mengatakan bahawa

kemahuan manusia adalah tidak terhad (unlimited wants). Kedua, menganalisis secara

perbandingan andaian tersebut berdasarkan pandangan sarjana ekonomi Islam arus perdana

dan sarjana ekonomi lazim. Kajian ini penting kerana ia dapat menganalisis persoalan adakah

andaian ketidak-terhadan kemahuan manusia dalam ekonomi Islam arus perdana hanyalah

tempelan daripada ekonomi lazim? Selain itu, setakat ini sarjana ekonomi Islam arus perdana

hanya berminat membicarakan andaian keterhadan sumber alam tetapi kurang

menghubungkannya dengan andaian ketidak-terhadan kemahuan manusia. Kajian ini

diharapkan dapat menambah ilmu pengetahuan tentang andaian yang kurang disentuh ini

secara lebih terperinci. Kajian ini bersifat kajian perbandingan. Data yang digunakan

diperolehi daripada kajian perpustakaan. Analisis kandungan dan perisian ATLAS.ti

digunakan dalam mencapai hasrat ini. Kajian ini mendapati bahawa andaian ekonomi Islam

arus perdana tersebut diambil daripada ekonomi lazim. Implikasi daripada dapatan kajian ini

ialah perlunya satu kajian yang komprehensif dilakukan bagi membina satu resolusi baru

dalam andaian ekonomi Islam yang berlandaskan syarak.

Download File / URL

[thumbnail of Conference Paper WAPI 2014.pdf] Text
Conference Paper WAPI 2014.pdf

Download (302kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Collection Type: Institution
Date: 2014
Uncontrolled Keywords: Andaian ekonomi Islam arus perdana - Ketidak-terhadan kemahuan manusia - Andaian ekonomi lazim.
Faculty/Centre/Office: Faculty of Entrepreneurship and Business
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9087
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2