Digital Special Collection Portal

Analisis personaliti “Mat Rempit” berdasarkan ujian unjuran personaliti


Citation

Yohan Kurniawan and Nur Azuki Yusuff (2014) Analisis personaliti “Mat Rempit” berdasarkan ujian unjuran personaliti. In: International Conference on Human Sustainability 2014, 09-10 April 2014, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Bahat, Johor.

Abstract

Mat rempit atau mat motor atau samseng jalanan merupakan fenomena sosial yang telah lama berlaku di Malaysia. Kumpulan ini tidak sedikit menimbulkan masalah kepada masyarakat, dan pada masa tertentu tindakan mereka adalah merbahaya dan bersifat jenayah. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengetahui dan mengenali personaliti kumpulan mat rempit. Data kajian diperolehi menggunakan kaedah ujian Draw A Man (DAM). Responden kajian adalah kumpulan mat rempit berumur 14 tahun – 25 tahun yang mengikuti program Perkasa. Responden diminta untuk membuat sebuah lukisan orang mengikut arahan yang diberikan oleh penyelidik. ujian Draw A Man (DAM) merupakan sebuah ujian personaliti yang bersifat projection (Unjuran). Alat ujian ini merupakan salah satu ujian psikologi yang bebas daripada pengaruh budaya. Hasil ujian mendapati bahawa sebahagian besar responden menunjukakn ciri-ciri personaliti yang samas seperti sifat kekanak-kanak (kurang matang), kurang kepercayaan diri, memiliki keinginan untuk menjadi dewasa, mempunyai sifat kebergantungan yang kuat, sosok yang lemah dibalik penampilan yang kukuh/keras, dan lemahnya kawalan diri. Daripada tahap kepintaran, sebahagian besar responden memiliki tahap kepintaran normal, walaupun begitu terdapat beberapa responden menunjukkan tahap kepintaran yang rendah. Hasil kajian ini dapat membantu menjelaskan fenomena keterlibatan remaja dalam aktiviti mat rempit.

Download File / URL

[thumbnail of full paper.pdf] Text
full paper.pdf

Download (307kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Collection Type: Institution
Date: 2014
Uncontrolled Keywords: Mat rempit - Ujian unjuran personaliti - Ujian lukisan manusia (DAM)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9081
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2