Citation
Mohd Zulkifli Muhammad (2013) Ketidak-terhadapan kemahuan manusia dalam ekonomi islam arus perdana : analisis kritikal berdasarkan tasawur al- qur'an. In: The 8th ISDEV International Graduate Workshop (INGRAW 2013), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 30-31 Oktober 2013. |
Abstract
Kertas kerja ini bertujuan meneliti tentang salah satu andaian dalam sistem ekonomi Islam arus perdana iaitu ketidak-terhadan kemahuan manusia (unlimited wants) berdasarkan tasawur al-Qur'an. Analisisnya difokuskan kepada dua tujuan utama. Pertama, mengenal pasti ayat-ayat al-Qur’an terpilih yang berkaitan dengan peringkat kemahuan manusia; dan kedua, menganalisis dan merumuskan peringkat kemahuan manusia berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an yang dikenal pasti itu. Analisis kandungan dan kaedah perpustakaan digunakan dalam mencapai hasrat ini. Kertas kerja ini mendapati bahawa berdasarkan tasawur al-Qur'an kemahuan manusia itu boleh dihadkan. Keterhadan ini adalah berasaskan kepada mekanisme pengawalan terhadap peringkat-peringkat kemahuan manusia. Implikasi daripada dapatan kajian ini ialah perlunya satu kajian yang komprehensif dilakukan bagi membina satu resolusi baru dalam andaian ekonomi Islam yang betul. |
Download File / URL
|
Additional Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Collection Type: | Institution |
Date: | 2013 |
Uncontrolled Keywords: | Andaian ekonomi Islam arus perdana - Ketidak-terhadan kemahuan manusia - Tasawur 1 |
Faculty/Centre/Office: | Faculty of Entrepreneurship and Business |
URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9056 |
Statistic Details: | View Download Statistic |