Citation
Liyana Ahmad Afip and Nurul Fatihah Hanapi and Khuzaiton Zakaria (2013) Persepsi dan pengalaman guru pendidikan khas dalam menghadapi permasalahan disleksia dalam kemahiran literasi. In: Seminar Sains Kemanusiaan OKU Peringkat Kebangsaan 2013 (SKOKU), 18 Mei 2013, Hotel Sutera Inn, Kota Bharu Kelantan.. |
Abstract
Disleksia ialah satu perkataan yang berasal daripada dua gabungan perkataan Yunani iaitu “Dyn “ dan “ Lexia” yang bermaksud kesukaran dalam kemahiran menulis. Disleksia bukanlah satu penyakit tetapi merupakan gangguan dalaman yang berlaku kepada seseorang individu yang disebabkan oleh faktor-faktor tertentu seperti faktor genetik dan faktor biologi. Individu yang mempunyai disleksia tidak memerlukan rawatan ubat-ubatan akan tetapi mereka memerlukan kaedah-kaedah tertentu bagi menangani gangguan permasalahan ini. Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan terhadap pelajar yang mempunyai masalah dalam kemahiran literasi yang meliputi empat kemahiran yang dikenali sebagai 4 M iaitu, membaca, menulis, mengeja dan mengira bagi mencari kaedah-kaedah yang berkesan untuk diaplikasikan oleh para guru. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi dan pengalaman guru pendidikan khas di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Jeli terhadap masalah disleksia dalam kalangan pelajar. Kajian ini berdasarkan soal selidik yang dijalankan ke atas tenaga pengajar di sekolah tersebut. Hasil dapatan kajian ini diharap dapat membantu para guru untuk mengenal pasti pelajar yang mempunyai masalah disleksia. |
Download File / URL
|
Additional Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Collection Type: | Institution |
Date: | 2013 |
Faculty/Centre/Office: | Global Entrepreneurship Research & Innovation Center (GERIC) |
URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9052 |
Statistic Details: | View Download Statistic |