Digital Special Collection Portal

Zakat : penjernihan semula kekeliruan makna nilai kesederhanaan - sorotan dari aspek pencarian dan perbelanjaan harta


Citation

Noor Hisham Md Nawi (2012) Zakat : penjernihan semula kekeliruan makna nilai kesederhanaan - sorotan dari aspek pencarian dan perbelanjaan harta. In: Regional Conference on Values and Humanities (RECOVH) 2012, 02 - 03 Disember 2012, Dewan Terbuka Keusahawanan, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Kota, Kota Bharu , Kelantan. (Unpublished)

Abstract

Konsep dan makna nilai kesederhanaan seringkali digunakan oleh pelbagai pihak menurut konteks kefahaman, situasi dan keperluan diri atau kelompok tertentu yang belum tentu memancarkan maknanya yang asal. Justeru, penggunaannya sering dieksploitasi yang menyebabkan maknanya menjadi kacau dan keliru. Setiapnya mendakwa inilah makna kesederhanaan sebenar yang dicari-cari sementara selain daripadanya adalah ekstrim atau melampau. Lantaran konsep dan nilai ksederhanaan terpakai dalam pelbagai wilayah kehidupan meliputi aspek sosial, politik, ekonomi dan agama, perjernihan semula maknanya adalah sesuatu yang amat diperlukan dan signifikan. Penulisan ini hanya menyorot satu aspek sahaja sebagai contohan iaitu ekonomi yang menjurus kepada aspek pencarian dan perbelanjaan harta. Rumusan menunjukkan bahawa kesederhanaan adalah keseimbangan dan jalan pertengahan dengan memberikan setiap perkara akan haknya dengan kadar yang paling wajar. Kesederhanaan tidak hanya ditentukan oleh wasilah atau bentuk luaran seperti kuantiti dan bentuk harta bahkan hakikatnya banyak ditentukan oleh faktor niat dan tujuan. Meskipun warna zahir sederhana itu mungkin berlainan dan beragam menurut tahap keilmuan, kerohanian, bebanan tanggungjawab yang dipikul dan kesanggupan serta keperluan konteks yang berbeza-beza, namun intipati maknanya tetap sama dan utuh

Download File / URL

[thumbnail of Paper 2.pdf] Text
Paper 2.pdf

Download (354kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Collection Type: Institution
Uncontrolled Keywords: Nilai kesederhanaan - Pelampauan - Pencarian harta - Perbelanjaan harta - Keseimbangan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
Depositing User: Repository Admin
Date Deposited: 13 Dec 2012 13:06
Last Modified: 23 May 2022 12:33
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9008
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2