Syarahan ini merupakan sebuah syarahan dalam bidang Warisan yang menumpukan perhatian pada Kuasa Penyembuhan dalam Perubatan Tradisional. Menyebut tentang penyembuhan sudah pasti ia melibatkan manusia dan penyakit. Jadi syarahan dimulakan dengan memperkenalkan diri manusia khususnya hakikat diri. Darwin menegaskan bahawa manusia berasal dari kera yang terbentuk melalui proses evolusi memakan masa panjang kira-kira 5 atau 6 juta tahun. Syarahan ini cuba menyangkal Teori Darwin dengan mengemukakan beberapa soalan. Pertama, proses evolusi tidak ada noktah, tidak ada titik penghabisan, ia berterusan tanpa henti, jika dari kera menjadi manusia, selepas manusia nak jadi apa? Kedua, kalau manusia berasal dari kera, bagaimana dengan kera dan seumpamanya yang masih ada sekarang, apakah mereka perlukan masa 5 juta tahun lagi untuk menjadi manusia? Ketiga, manusia merupakan makhluk yang lebih mulia dari binatang (kera) kerana manusia diberikan akal oleh Allah. Bilakah proses pemberian akal itu berlaku? Sebagai orang Islam, kita mesti percaya kepada Quran, kitab Allah