Digital Special Collection Portal

Islamisasi kurikulum pendidikan islam di institusi pendidikan guru : tribulasi dan cadangan


Citation

Noor Hisham Md Nawi (2012) Islamisasi kurikulum pendidikan islam di institusi pendidikan guru : tribulasi dan cadangan. In: Persidangan Kebangsaan Pendidikan Islam 2012, 03-06-2012, Hotel Royale Bintang, Seremban, Negeri Sembilan. (Unpublished)

Abstract

Krisis dualisme dan sekularisme masih mengancam sistem pendidikan di Malaysia. Para pendidik yang menyedari tentang ketidakneutralan ilmu moden masih bergelut dengan realiti pengotakan antara ilmu naqli dengan ilmu aqli. Akibatnya pelajar gagal untuk mendapatkan pengalaman pembelajaran yang berjaya menyepadukan hati dan pemikiran serta iman dan daya intelektual. Masalah utama umat Islam ialah ketidakupayaan mereka untuk membina kurikulum yang sejiwa dengan falsafah Pendidikan Islam yang memantulkan sifat fitrah insan dan tabii ilmu. Justeru, struktur kurikulum pendidikan guru yang sedia ada perlu diteliti semula secara kritikal. Untuk menghasilkan seorang guru yang berupaya menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran bersepadu berdasarkan gagasan Islamisasi ilmu moden, kurikulum latihan perguruan yang diikutinya seharusnya terlebih dahulu mengalami proses tersebut. Kertas kerja ini akan menyorot secara kritikal kurikulum pendidikan Islam di IPG dalam rangka untuk melaksanakan proses Islamisasi kurikulum dan seterusnya mencadangkan solusi alternatif untuk mengembalikan semula konsep klasifikasi dan hierarki ilmu dalam pembinaan kurikulum.

Download File / URL

[thumbnail of Artikel 1.pdf] Text
Artikel 1.pdf

Download (220kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Collection Type: Institution
Date: July 2012
Uncontrolled Keywords: Kurikulum - Islamisasi Ilmu - Bersepadu - Dualisme - Fardhu Ain
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8978
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2