Digital Special Collection Portal

Penilaian semula terhadap andaian-andaian dalam ekonomi islam : satu kajian awal


Citation

Mohd Zulkifli Muhammad (2012) Penilaian semula terhadap andaian-andaian dalam ekonomi islam : satu kajian awal. In: Workshop Antarabangsa Pembangunan Berteraskan Islam V (WAPI-5), 10 April 2012, Medan, Indonesia. (Unpublished)

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk menyediakan kajian awal terhadap penilaian semula andaianandaian
ekonomi di dalam sistem ekonomi Islam. Andaian-andaian tersebut yang diambil
daripada sistem ekonomi lazim terbahagi kepada dua andaian, iaitu sumber alam adalah
terhad (scarcity of resources) dan kemahuan manusia tidak terhad (unlimited wants). Kertas
kerja ini cuba menganalisis sejauh mana andaian-andaian dalam ekonomi Islam ini
berpaksikan kepada ketauhidan terhadap Allah S.W.T. dan selari dengan tasawur Islam. Ini
dilakukan melalui kajian terhadap pandangan beberapa ahli ekonomi Islam. Analisis
kandungan dan kaedah perpustakaan digunakan dalam mencapai hasrat ini. Kajian awal ini
mendapati bahawa andaian-andaian ekonomi Islam yang sedia ada tidak menepati konsep
ketauhidan kepada Allah S.W.T. dan tasawur Islam yang sebenar. Implikasi daripada dapatan
kajian ini ialah perlunya satu kajian yang komprehensif dilakukan bagi membina satu resolusi
baru dalam andaian-andaian ekonomi Islam yang betul.

Download File / URL

[thumbnail of Paper 2.pdf] Text
Paper 2.pdf

Download (71kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Collection Type: Institution
Date: April 2012
Uncontrolled Keywords: Andaian-andaian ekonomi Islam - Sumber alam adalah terhad - Kemahuan manusia tidak terhad.
Faculty/Centre/Office: Faculty of Entrepreneurship and Business
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8949
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2