Tradisi lisan, budaya lisan dan adat lisan adalah pesan atau kesaksian yang disampaikan secara turun-temurun dari satu gerenarsi ke generasi berikutnya. Pesan atau amanat itu disampaikan dalam bentuk ucapan, pidato, nyanyian dan ungkapan yang terdapat dalam bentuk pantun, cerita rakyat, nasihat, balada, lagu atau peribahasa. Melalui cara ini suatu masyarakat dapat menyampaikan sejarah lisan dan pengetahuan lain kepada generasi bawahan sebagai penerusnya tanpa melibatkan bahasa tulisan. Richard M. Darson (1973) menyebut tradisi lisan (oral tradition) sebagai folk literature (kesusasteraan rakyat)