Digital Special Collection Portal

Aktiviti pembelajaran Bahasa Arab sebagai Bahasa Ketiga di Universiti Malaysia Kelantan menggunakan Goanimate.Com


Citation

Ahmad Zaki Amiruddin and Ahmad Abdul Rahman and Ahmed Thalal Hassan and Amanee Abdul Hai and Nor Abdul Rahman (2017) Aktiviti pembelajaran Bahasa Arab sebagai Bahasa Ketiga di Universiti Malaysia Kelantan menggunakan Goanimate.Com. In: Prosiding Seminar Kebangsaan Bahasa dan Kesusateraan Arab 2017 (SEMBARA 2017), UniSZA.

Abstract

Pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa ketiga banyak menekankan kepada aktiviti-aktiviti sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran (PdP). Aktiviti-aktiviti PdP yang dirancang oleh para pengajar adalah bagi memastikan kemahiran - kemahiran bahasa yang empat, iaitu; kemahiran membaca, mendengar, bertutur dan menulis diperoleh oleh para pelajar secara lebih berkesan. Pelajar-pelajar bahasa Arab sebagai bahasa ketiga biasanya bermula daripada tiada asas langsung dan tempoh pembelajaran yang singkat. Hal ini menyebabkan mereka lebih memerlukan aktiviti-aktiviti PdP secara amali dan praktikal langsung. Justeru, topik kajian ini diketengahkan bagi membentangkan satu aktiviti PdP yang dilaksanakan bagi menggilap kemahiran bertutur para pelajar secara langsung dengan menggunakan satu aplikasi atas talian berbentuk multimedia dan animasi yang dinamakan GoAnimate.Com. Pembentangan topik ini meliputi pengenalan kepada aplikasi, fungsi dan penggunaannya secara ringkas, penerangan aktiviti yang dilaksanakan dalam PdP kursus Bahasa Arab di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menggunakan aplikasi tersebut dan beberapa contoh video animasi yang dibuat oleh para pelajar untuk aktiviti berkenaan (disediakan link video dan screenshot). Dalam kesimpulan topik ini, turut disenaraikan poin-poin yang diperoleh hasil pemerhatian sepanjang aktiviti PdP tersebut berlangsung. Pembentangan topik seperti ini diharapkan dapat memberi satu lontaran idea bagi mempelbagaikan lagi aktiviti PdP bahasa ketiga secara umumnya yang mana digabungkan dengan penggunaan teknologi dan aplikasi yang banyak tersedia secara atas talian, di samping merancakkan lagi penggunaan teknologi dalam proses PdP yang mana merupakan saranan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam salah satu Projek Agenda Kritikal (CAPs a Critical Agenda Projects).

Download File / URL

[thumbnail of PROSIDING-SEMBARA-2017.pdf] Text
PROSIDING-SEMBARA-2017.pdf

Download (74MB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Collection Type: Institution
Date: 2017
Subjects: L Education > L Education (General)
T Technology > T Technology (General)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8854
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2