Digital Special Collection Portal

Kepelbagaian bentuk sinergisme konsep wakaf pendidikan dan gagasan keusahawanan sosial islam


Citation

Noor Hisham Md Nawi and Syahida Binti Sidek (2018) Kepelbagaian bentuk sinergisme konsep wakaf pendidikan dan gagasan keusahawanan sosial islam. In: 5th World Conference on Islamic Thought and Civilization (WCIT 2018), 16-18 July 2018, Universiti Sultan Azlan Shah,Perak. (Submitted)

Abstract

Wakaf pendidikan tinggi adalah satu gagasan besar yang berupaya menyelesaikan pelbagai isu pendidikan tinggi Khususnya isu kemandirian dari segi ekonomi dan intelektual.Manakala keusahawanan sosial pula adalah satu bidang ilmu baharu yang sedang berkembang pesat di Barat.Bidang ini juga berpotensi besar untuk menyelesaikan permasalahan masyarakat tempatan khususnya dalam aspek ekonomi dan kebajikan.Kedua-dua idea besar jika disinergikan secara kreatif dan inovatif akan memberi impak yang besar kepada sistem pendidikan tinggi negara dan pembangunan masyarakat tempatan.Walau bagaimanapun,proses sinergi tersebut tidak dapat dilakukan dengan mudah kerana kedua-duanya datang dari tradisi dan pandangan alam yang berbeza.Menggunakan metodologi inkuiri falsafah dialektik,penulisan ini cuba meneroka kepelbagaian bentuk sinergi antara konsep wakaf pendidikan tinggi dan keusahawanan sosial dengan menjadikan gagasan pengislaman ilmu sebagai kerangka rujukan.Pelbagai kaedah dan bentuk sinergi diaplikasikan secara analitikal dan kreatif untuk menghasilkan idea baharu.Setiap bentuk sinergi tersebut mempunyai kelebihan dan kelemahan tertentu yang perlu ditekuni dengan lebih lanjut pada masa hadapan.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Collection Type: Institution
Date: 2018
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8843
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2