Seni khat dan tulisan Jawi mempunyai sejarah yang panjang di negara ini umumnya dan di negeri Kelantan khasnya. Penggunaan huruf Jawi sebagai tulisan ilmiah utama di nusantara dapat dilihat melalui kitab-kitab dan manuskrip karya ulama terdahulu. Akhbar Utusan Melayu umpamanya pernah menjadi akhbar utama di kalangan masyarakat Melayu. Tulisan Jawi berhadapan dengan cabaran semasa seperti proses kemodenan serta dasar pendidikan anak bangsa yang lebih memberi tumpuan kepada huruf Rumi dan bahasa Inggeris sebagai bahasa penulisan dan pertuturan utama. Khat atau kaligrafi arab merupakan sebahagian dari seni penulisan huruf Jawi menghadapi situasi yang sama sebagaimana tulisan Jawi. Seni khat juga menghadapi senario yang sama dengan tulisan induknya Jawi. Dalam kelesuan serta ketidak perihatinan masyarakat menjaga tulisan Jawi dan seni khat, kerajaan negeri Kelantan Darul Naim telah menggubal serta meluluskan Warta Kerajaan Negeri Kelantan, Majlis Perbandaran Kota Bharu 1990 pada tahun 2007 sebagai asas utama menggalakan penggunaan Khat dan Jawi sebagai kegunaan utama dalam pelbagai urusan.