Digital Special Collection Portal

Keberkesanan pembelajaran aqidah berasaskan strategi inkuiri terbimbing terhadap saudara baru


Citation

Adi Syahid Mohd Ali (2013) Keberkesanan pembelajaran aqidah berasaskan strategi inkuiri terbimbing terhadap saudara baru. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk melihat keberkesanan strategi pembelajaran inkuiri terbimbing (PIT) dan strategi pembelajaran konvensional (PK) di dalam pembelajaran aqidah saudara baru. Kesan strategi pembelajaran dibandingkan berdasarkan pencapaian akademik dan tahap penghayatan pendidikan aqidah. Kajian ini juga mengenalpasti persepsi saudara baru terhadap proses pembelajaran secara inkuiri terbimbing. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini berbentuk kajian eksperimen benar yang berlangsung selama 4 minggu dan melibatkan 49 orang saudara baru dari IDIP, Pengkalan Chepa. Saudara baru tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen menerima pembelajaran secara PIT dan kumpulan kawalan secara PK. Data dikutip menggunakan soalan pra ujian dan pasca ujian untuk mengukur pencapaian akademik.

Download File / URL

[thumbnail of ADI SYAHID BIN MOHD ALI.pdf] Text
ADI SYAHID BIN MOHD ALI.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2013
Subject Heading: Islamic religious education
Subject Heading: Islam--Doctrines
Subject Heading: Faith (Islam)
Number of Pages: 135
Call Number: BP183.3 A35 2013 tes
Supervisor: Dr. Noor Hisham Md Nawi
Programme: Master of Art
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8730
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2